Hasil Carian Hadis Terjemahan Melayu
HASIL CARIAN BAGI PERKATAAN/FRASA gembira puasa BERJAYA MENCAPAI 103 HADIS DARI KOLEKSI SAHIH MUSLIM

41  
Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1718.
Dari Sa'id bin Abu Burdah r.a., dari bapanya, dari datuknya, katanya; "Bahawasanya Rasulullah saw. pernah mengutus datuknya bersama Mu'adz ke negeri Yaman, maka bersabda beliau: Mudahkanlah kamu berdua, jangan mempersulit; dan gembirakanlah, dan jangan menjauhi; saling patuhlah kamu berdua, dan jangan jangan saling sengketa!"

42  
Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0945.
Dari Abu Dzar r.a. katanya: "Pada suatu senja, aku berjalan beserta Rasulullah saw. di tanah berbatu-batu hitam sambil kami memandang ke bukit Uhud. Tiba-tiba Rasulullah saw. memanggil ku, "Hai, Abu Dzar!" Jawab ku, "Hamba, ya Rasulullah!" Sabda beliau, "Seandainya bukit Uhud itu menjadi emas bagi ku, maka hal itu tidaklah akan menggembirakan ku, jika hari ketiga emas itu masih ada di tangan ku satu dinar, di samping satu dinar yang ku sediakan untuk membayar hutang. Tetapi akan ku panggil para hamba Allah, lalu ku katakan kepada mereka: Ini! sambil beliau meraih ke depan, ke kanan dan ke kiri, seolah-olah beliau sedang membahagi-bahagi. Sementara itu kami masih terus juga berjalan, lalu beliau memanggil ku pula, "Hai, Abu Dzar!" "Hamba, ya Rasulullah!" ujarku. Sabda beliau. "Orang-orang kaya yang menumpuk-numpuk harta, pada hari kiamat kelak mereka miskin. Melainkan orang-orang yang berkata: Ini! Ini! Ini! (membahagi-bahagikan hartanya) seperti yang dilakukan Nabi saw. mula-mula. Kata Abu Dzar selanjutnya, "Sementara itu kami terus juga berjalan. Dan tiba-tiba beliau memanggil ku pula: "Hai, Abu Dzar! Tetaplah engkau di sini sampai aku kembali!" Lalu beliau pergi, sehingga hilang dari penglihatan ku. Tidak lama kemudian terdengar olehku suara gaduh. "Mungkin Rasulullah saw. mendapat kesulitan," fikir ku. Dan aku bermaksud hendak menyusul beliau. Tetapi aku ingat perintah beliau, jangan ke mana-mana sampai aku kembali. Kerana itu ku tunggu saja beliau. Ketika beliau tiba, ku ceritakan kepada beliau suara gaduh yang kedengaran olehku. Kata beliau, "Itu adalah Jibril. Dia datang kepada ku." Kata Jibril, "Siapa saja di antara umatmu yang mati dalam keadaan tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu, nescaya dia masuk syurga." Nabi saw. bertanya, "Sekalipun dia berzina dan mencuri?" Jawab Jibril, "Ya, sekalipun dia berzina dan mencuri!"

43  
Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1717.
Dari Abu Musa r.a., katanya: "Apabila Rasulullah saw. mengangkat salah seorang sahabatnya memegang suatu jawatan, beliau bersabda, "Berilah mereka khabar gembira agar mereka tidak menjauhkan diri, mudahkanlah segala urusan mereka dan jangan dipersulit."

44  
Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 1089.
Dari Quzatah r.a., katanya: "Aku mendatangi Abu Sa'id Al Khudri r.a., tetapi dia sedang banyak tetamu. Ketika para tetamu itu sudah pergi, aku berkata kepadanya: Aku tidak akan menanyakan masalah yang ditanyakan mereka itu, tetapi aku akan menanyakan perihal puasa dalam perjalanan." Jawab Abu Sa'id, "Kami pernah melakukan perjalanan bersama-sama Rasulullah saw. ke Mekah, sedangkan kami puasa. Lalu kami berhenti pada suatu perhentian. Maka bersabda Rasulullah saw., "Kamu semua sudah dekat ke tempat musuh; berbuka akan lebih menguatkan tubuhmu. Dan itU adalah suatu keringanan." Sebagian kami ada yang puasa sedang sebahagian lagi berbuka. Kemudian kami berhenti pula di tempat perhentian yang lain. Maka bersabda pula Rasulullah saw., "Esok pagi kamu akan menyerang musuh; dengan berbuka akan lebih menguatkan fizikmu; kerana itu berbukalah kamu semuanya!" Sabda beliau itu adalah perintah. Kerana itu berbukalah kami semuanya." Kata Abu Sa'id selanjutnya., "Saya fikir, sesudah itu kami selalu puasa bersama-sama Rasulullah saw. dalam setiap perjalanan."

45  
Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 1088.
Dari Anas r.a., katanya: "Kamu pernah mengadakan suatu perjalanan bersama-sama Rasulullah saw. Sebagian kami puasa dan sebahagian lagi tidak puasa. Ketika hari bersangatan panas, kami berhenti pada suatu tempat, di mana kebanyakan kami membuat naungan dengan kain-kain pakaian yang dibawanya dan sebahagian lagi dengan tangannya." Kata Anas selanjutnya, "Orang-orang yang puasa berjatuhan, sedang orang yang tidak puasa dapat tegak,lalu mereka buat tempat-tempat berteduh dan mereka beri minum haiwan-haiwan kenderaan. Maka bersabda Rasulullah saw., "Orang-orang yang berbuka hari ini dapat pahala."

46  
Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 1049.
Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Janganlah kamu dahului puasa Ramadhan dengan puasa satu atau dua hari sebelumnya. Kecuali bagi orang yang mempuasakan puasa tertentu, maka dia boleh meneruskannya."

47  
Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 1096.
Dari Abdurrahman Ibnu Yazid r.a., dia menceritakan bahawa Asy'ab bin Qais r.a., pernah datang ke rumah 'Abdullah ketika dia sedang makan. Lalu kata 'Abdullah, "Ya, Abu Muhammad! Mari silakan makan!" Jawab Asy'ats, "Bukankah hari ini hari Asyura?" Jawab Abdullah, "Tahukah engkau, apakah hari 'Asyura itu?" Kemudian dia melanjutkan, "Hari Asyura adalah suatu hari di mana Rasulullah saw. pernah puasa sebelum perintah wajib puasa Ramadhan diturunkan. Tatkala perintah kewajiban puasa Ramadhan telah turun, maka puasa 'Asyura itu ditinggalkan beliau."

48  
Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 1090.
Dari Hamzah bin 'Amru Al Aslami r.a., bahawa dia bertanya kepada Rasulullah saw., katanya: "Aku kuat puasa dalam perjalanan. Berdosakah jika aku puasa?" Jawab Rasulullah saw., "Berbuka puasa dalam perjalanan adalah suatu keringanan dari Allah. Maka kerana itu, siapa yang mempergunakan keringanan itu baik, dan siapa yang lebih suka puasa tidak berdosa."

49  
Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 1084.
Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya: "Janganlah engkau mencela orang yang puasa dan orang yang tidak puasa dalam perjalanan. Kerana Rasulullah saw. pernah puasa dan tidak puasa dalam perjalanan."

50  
Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 1098.
Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya: "Ketika Rasulullah saw. belum lama tiba di Madinah, didapatinya orang-orang Yahudi puasa pada hari 'Asyura. Lalu mereka ditanya perihal itu (apa sebabnya mereka puasa pada hari itu). Jawab mereka, "Hari ini adalah hari kemenangan Musa dan Bani Israil atas Fir'aun. Kerana itu kami puasa pada hari ini untuk menghormati Musa." Maka bersabda Nabi saw., "Kami lebih patut memuliakan Musa daripada kamu." Lalu beliau perintahkan supaya kaum muslimin puasa pada hari 'Asyura.